MY JOURNEY: PENGALAMAN UJIAN KELAYAKAN CALON GURU (UKCG) IPG 2016

ASSALAMUALLAIKUM

Alhamdullilah hari ni 18 April 2016 aku dah selesai jalani  Ujian Kelayakan Calon Guru (UKCG), aku dapat dekat IPG Kampus Pulau Pinang kami bertolak dari rumah pukul 5:15am dari Parit Buntar sebab taklimat pukul 7.30am tapi takda pun taklimatnya kami solat Subuh dekat masjid dekat2 situ and then pusing2 balik cari ipg tu hee salalu ronda penang pun tak tau kat mana haih. so jumpa ipg tu dlm pukul 6:55 mcm tu check nama, daftar, masuk dewan then depa terangkan pasal ujian bertulis.

Tahniah! terpilih untuk ukcg. hee

 Ujian Bertulis:  untuk ujian bertulis ni  takyah risau macam jawab SPM dalam dewan tu jeee masa 45 minit Bahagian A 135 soalan (30 minit) soalan Bahagian B 60 soalan (15 minit) macam banyak kan? jangan risau soalan nak uji mental hampa ja macam soalan sivik. (omr) masa inshallah cukup2 ja. hahaha aku pun siap 5 minit awal k.  AMARAN. tolonglah yer dengar apa pengawas tu cakap macam  hampa SPM dulu ikut ja kata ketua pengawas tu cakap jangan buka kertas soalan sehingga diberitahu apa semua..sama jugak macam ni dia suruh jawab Bahagian A dulu jangan jawab Bahagian B sehingga diberitahu jadi janganlah memandai jawab Bahagian B dulu ka apa noh nanti tak pasai2 kena marah macam tu je hehe. dah besaq dah kan semua? *acah2 garang* btw bawa lah apa yang dia suruh Pakaian?  untuk perempuan Tshirt hitam/gelap (boleh je ada corak) tudung hitam/gelap, kasut sukan, dan track suit, untuk lelaki sama ja cuma tshirt putih k sapa kisah kalau baju depa jarang pun hahaha. yes yes pakai macam ni untuk ujian bertulis tak payah baju kurung gegirls semua pakai ni untuk UKF terus senangggg!



Slip kehadiran untuk ujian bertulis. bila dah terpilih tu print okay! jangan lupa! 


Surat akuan calon untuk UKF jangan lupa print! isi siap2 kat rumah kalau taknak kalut, hiks.

Ujian Kecergasan Fizikal pulak dimana ramai kecundang atau 50-50 situation macam aku dan ada yang hebat gila boleh sampai tahap superior huh aku tulis ni pun macam terkagum sendiri hahahaha *over gila!  UKF kali beza dengan tahun 2014 dgn 2015 jadi tahun ni ukf start 11/4 aku dapat 18/4 so depa yang dah lepas tu bagi tau apa ujian apa yang ada dan aku pun terkejutzz la jugak kot sbb tak sama dgn tahun sebelum ni yelah aku dah practice sikit hahaha *kononya* so ujian mungkin berubah mengikut tahun yer, tapi ini antara ujian yang ada untuk tahun UKF UKCG 2016:

1.BMI : macam biasalah berat dengan tinggi kalau aku 19 something tapi underweight! lol
2.Tekan Tubi Tanpa Henti : Jangan berhenti k walau sekejap!! kalau dah tak larat tu stop la..berhenti utk tengok kwn sebelah tak boleh! and then batal kalau abdomen kena lantai atau map tu. (mcm ujian segak jugak)
3.Jangkauan melunjur :ini pun macam ujian segak kat sekolah jugak tapi ni ada 3 kali percubaan kali keempat baru dikira fasi tu kata kat sini ada offer tak macam kat sekolah *lol*  and then pastikan dengar dulu coach tu bilang 1,2 baru tarik tangan k.
4.Bangkit Tubi Variasi: ada 5 variasi ramai yang kecundang dekat no 4 dengan 5 tapi hampa ada 2 kali percubaan lebih dua kali tak boleh,out. dan tak boleh ke variasi seterusnya. cara2 nya :

  1. Baring, buka kaki 90 darjah,(semua variasi kena buka kaki) tangan disisi, bangun, angkat tangan dan tapak tangan kena sentuh lutut dah sentuh baring balik. settle!
  2. Baring, tangan disisi, bangun, angkat tangan dan siku kena sentuh lutut dah sentuh baring balik. settle!
  3. Baring, tangan kanan pegang siku tangan kiri, tangan kiri pengang siku tangan kanan rapatkan ke abdomen, bangun, pastikan tangan tu tak terangkat dari abdomen k. dah tu settle!
  4. Baring, tangan kanan pegang siku kiri, tangan kiri pegang siku kanan, letakkan atas kepala, dan bangun pastikan tangan tu kekal atas kepala k. dah tu settle!
  5. Baring, tangan kanan letak di skapula kiri tangan kiri letak di skapula kanan maknanya silang lah skapula ialah bahagian belakang bahu k, selepas itu bangun. dah bangun. settle! 

5. Beep Test: dekat sini lah yang ramai berhuhu kalau nak tau. Beep Test atau dalam Bahasa Kebangsaan Malaysia ialah Lari Ulang Alik 20 Meter.Beep Test ni ada level, kalau dalam level 1 tu kena lari ulang alik dalam 7 kali tak silap. Level 2, 7 kali jugak rasanya and so on.. untuk nak tahu lebih lanjut boleh google beep test sheet, youtube taip lah beep test kalau nak tengok macam mana ujian tu. Ramai yang duk mengadu penat..penat..susah..susah..dan sebagainya sebab beep test ni lah. Tapi kalau stamina hampa kuat inshallah boleh gi banyak level jangan jadi mcm aku k. hmm selain dari stamina ujian ni menguji mental la jugak jgn ikut kawan tau...kalau kwn stop hampa jgn lah stop kalau mampu lagi nak buat kan rugi..kat sini paling banyak markah tau! so pepandai lah semua.. mcm aku..aku mmg tak mampu takda masa nak tengok orang atau terpengaruh rakan sebaya haha mulut kering habis! btw perempuan minimum level 3, lelaki level 5 rasanya lah~ yg perempuan tu aku confirm sbb coach tu kasi tau (kami last sekali takda orang dah lelaki2 semua dah lepas)

Akhir sekali, good luck kepada mereka yang dapat ukcg! buat yang terbaik! kalau ditakdirkan aku tak dapat interview at least aku ada kongsikan pengalaman ni kepada you all semua hahaha dapat la sikit kredit kan, kalau aku dapat interview boleh la share pengalaman interview pulak hiks! inshaallah!

THANK YOU FOR READING THIS ENTRY BYE! 

Comments

  1. Haii awakk..kalau untuk tekan tubi..gaya tekan tubi ikut perempuan atau kena ikut gaya lelaki?

    ReplyDelete
    Replies
    1. This comment has been removed by the author.

      Delete
  2. gaya lelaki di IPG Kampus Dato Razali Ismail,Terengganu, sy tidak pasti di IPG yang lain.

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Pengalaman Temuduga IPG 2016