Pengalaman Temuduga IPG 2016

ASSALAMUALLAIKUM

Jadi ini adalah entry sambungan kepada ukcg hari tu.. alhamdullilah aku berjaya lepas sampai ke temuduga IPG!! macam tak percaya jugak lah aku dapat lepas sampai ke temuduga.. ketaq gila tangan aku masa nak check tawaran ke temuduga tu! masa tu aku tengah dengar ceramah apa ntah dengan kawan aku hahaha Mak aku ajak so aku ajak geng aku sorang so masa tengah ceramah tu lah aku check. Excited betul bila dapat tawaran interview tapi rasa sedih la jugak bila ramai kawan2 yang tak dapat tawaran iv sedangkan mereka juga telah buat yang terbaik untuk ukcg.. tapi nak buat macam mana siapa kita nak persoalkan rezeki yang telah Allah aturkan, bukan? ter pasrah pulak :') ayat pun skema ja.

Berbalik kepada temuduga IPG!! aku dapat pada 9 MEI 2016! dimana aku ada masa seminggu ja untuk persiapan!! pehh punya cepat masa ukcg hari tu punya lambat..
TAWARAN TEMUDUGA IPG :')

Disebabkan dah tau IPG Kampus Pulau Pinang tu dekat mana kami chill ja bertolak lepas solat subuh dekat rumah, sampai pun on time je alhamdullilah! huhu

Temuduga dijalankan secara individu dan kumpulan yer..yang individu tu dalam kumpulan jugak cuma dia tanya sorang2, untuk kumpulan untuk tahun 2016 ni kena buat pembentangan tahun sebelum ni tengok video lepastu bincang, debat apa semua kan? tapi tahun ni dia bagi gambar ransangan iaitu perbualan antara ayah dan anak then korang kena bincang dalam kumpulan selama 30 minit tulis atas kertas mahjung selepas itu kena bentang lah.. pastikan kerjasama k? kenal2 dengan ahli kumpulan dulu sebelum masuk bilik temuduga tu.. macam kumpulan aku memang banyak sembang sebelum masuk bilik tu..kami sesi 2..satu sesi pun lama lah jugak. lebih kurang1 jam! so ada masa kenal2 dengan teammates korang kalau dpt sesi 1 tu pun ada masa utk kenal2 dan sepakat jgn risau :)

Aku nak tulis entry ni pendek2 jer walaupun memang banyak kisahnya kalau nak di cerita kalau yang tengah baca ni dapat temuduga tu hmm kau lalui lah sendiri mcm mana perasaannya masa temuduga tu.. perasaan lain2..rama-rama dalam perut itu pastilah..nak kawal memang susah bila tak biasa :') jantung bagai ingin meletup, otak dah cuba untuk menghalang tapi apakan daya, tindakan luar kawal hahahaha apa aku merapu ni.

hmmmm 

Oh Ya untuk susunan sijil! susun ikut peringkat tertinggi tau. salinan sijil2 semua jangan lupa cop (tapi tak tengok pun) , apa nak kena baca? baca tentang isu semasa pendidikan, kaji bidang yang korang pilih contoh pilih bm pastikan banyak pengetahuan tentang sebjek itu okay penemuduga mungkin tak tanya tapi korang lah nak mengukuhkan hujah-hujah korang kenapa nak jadi cikgu subjek tersebut kan. Pakaian pakai lah kemas2 dan senang mata memandang pakai macam cikgu lah kalau ada nametag pakai nametag tulisan putih background hitam tu k. pin dekat dada sebelah kiri :') takda pun takpa nanti pakai nametag kertas diorang bagi hiks (semua kena pakai). 

Akhir sekali, minta maaf jika info tidak lengkap, temuduga ni sebenarnya bergantung kepada tempat temuduga dan mood penemuduga itu juga atau lebih tepat kepada nasib hehehe (scary right?) but don't worry be happy :) buat yang terbaik! jangan gelabah, tarik nafas, hembus dan senyum. kalau ada rezeki adalah. Macam mana aku berharap dapat temuduga lepas ukcg hari tu macam tu jugak lah aku berharap dapat TAHNIAH sekali lagi dari kpm untuk ke ipg. sesungguhnya aku dah buat yang terbaik, dan aku tawakal. Allahu awat mcm sedih ni kah! kalau aku dapat ipg inshallah aku akan cerita pengalaman belajar di ipg pulak. kalau dapat lah! itu sahaja. terima kasih kerana baca entry ini! bye!







Comments

Post a Comment

Popular posts from this blog

MY JOURNEY: PENGALAMAN UJIAN KELAYAKAN CALON GURU (UKCG) IPG 2016